Followers


Tuesday, July 27, 2010

cinta ramadhan

penting bakalan ianya perlu,
sering ia menjadi mesti,
barangkali penantian bakal akhir,
syaaban kembali lagi penuh barakah,
menyambaut ramadhan yang makin hampir,
mampir cuma seketika,

namun ertinya penting,
umat Muhammad sangat teruja,
mengimbangi siang dan malam harinya,
memperbetul amal ibadat pada yang Esa,
siang lapar dan dahaga,
menceduk seberapa erti cinta ramadhan,

2010 masihi terungkai lagi,
syukur Allah masih memberi,
ramadhan ratapi si miskin dan fakir,
sedekah secupak jadi sebendang,
tarawih malam buruan umat,
kini ramadhan ku rasa penting.

Wednesday, July 21, 2010

Zikir & Munajat-Ust Ahmad Shazili

tanya pada aku

soal, tanya, jawab, sebut
kadang ianya jadi luka
luka pada hati insan yang setia
nanti jawabnya
esok mungkin juga lusa
pasrah tunduk melingkari duduknya

terbuai oleh si pujangga
melerai kisah sejatinya
tanpa ada apa sengketa
menyelusuri fitrah kasihnya pada cinta buainya
aduh sekali lagi ia bertanya
bila mungkin ia terjadi

tanya pada aku
jawab aku untukmu
mungkin esok atau lusa
anganmu tiada sudahnya
pergimu kerana wujud keadaannya
sengketa itu dusta...