Followers

Friday, December 10, 2010

aku tak mahu tak tahu


aku tak mahu,
aku hanya mahu mempunyai satu,
aku tahu,
tapi aku tak mahu jika aku tak tahu,
aku perlu tahu,
satu yang aku mahu,

siap sedia untuk kembali ke arah satu,
yang tiada jalan dua,
hanyalah satu,
kembaraku itu kutuju,
dengan nawaitu,
mencorak fitrah ilmu,

tetap bertemu ke alam itu,
satu persatu,
jiwa yang batu,
terhantuk dek kerana nafsu,
itu bisu ini kaku,
lambat laun beku,

aduhai sangsiku,
membutakan akalku,
mencari jejak penaku,
mencoret jeritan tuliku,
kerana bingit dengan kota yang tiada sipu,
berasap corong motokar lalu-lalu,

ambil air minum secangkir,
hangatnya terus ke dada,
rasanya hilang dahaga,
begitu juga pancaindera,
jika diguna mendekati Pencipta,
kebenarannya menggagahi alam maya,

Wednesday, December 8, 2010

ini kisah benar

ada betul n maybe ada tak berapa nak betul...adakah korang rasa dengan pangkat menjadikan korang disegani? kadang-kadang pernah jugak terfikir berapa ramai yang akan mendekati seseorang yang pada pandangan kasarnya tak nampak kelebihan..tetapi realitinya dia seorang yang punya banyak pengalaman & pengalamannya itu menjadikannya seorang yang mempunyai kelebihan...cz pada pandangan saya, pengalaman tak boleh dibeli...
pernah juga hati jahat ni dok fikir, kenapa seseorang sering memandang kelemahan sehingga rabun pada kelebihan yang lain? mungkin diam itu lebih baik dari terlalu menjaja cerita sendiri yang pada hemahnya lebih telus... maaf...mungkin kenyataan ini agak menjengkelkan...jz renungkan dan buatlah kesimpulan anda sendiri

Tuesday, December 7, 2010

1432

buku baru telah di buka,
semalam tidak akan sama,
buku lama jadi perhitungan,
yang sekarang akan terlaksana,
hanya insan punya roh,
mampu menyuluh,

tidak sama juga dengan buku hijau,
mahupun buku lima,
mahupun jua buku lali,
yang pasti sekarang kita sedang melalui,
detik menghampiri tompok-tompok saki-baki,
yang menjerat erti halusinasi nikmat duniawi,

mula detik 1432 habis sahaja tahiyyat akhir 3 rakaat solah,
maghrib jadi saksi umat yang mahu mencelah keraian awal hijrah,
doa awal hijrah dipanjatkan kepada Allah,
setelah asar jadi pasrah,
menutup akan buku lama dengan memanjat kalimah-kalimah syahadah,
rupanya kita diambang gelisah,

apa yang ditanggung telah Allah janjikan,
dengan daya upaya hambaNya,
dibekalkan dengan nikmat cinta Pencipta,
awal muharram menjanjikan setia,
kepada para pencinta Pencipta,
kasihilah sayangilah dengan ibadah madah rela

Wednesday, September 1, 2010

ramadhan yang terakhir...

kala Ramadhan tiba,
menyingkap tabir malam,
memenuhi tingkat solat,
membarisi saf terawih,
bapak, ibu, anak-anak ayuh di bawa bersama,
jangan tinggal walau semalam,

itu ramadhan akhir,
mencipta azam dan usaha umat Muhammad,
rasa gerun pada DIA,
relakan saja semua ibadah kita,
mungkin ini ramadhan akhir,
yang bisa kita cari penawar kekosongan diri,

andai ini ramadhan akhir,
bisakah aku senang-lenang,
menguntum senyum dalam hiba,
mencari erti cinta,
kala hati hilang punca,
usahlah dicari puncanya,

jika ini ramadhan akhir

Thursday, August 19, 2010

setelah kembali ke zaman itu

hihihi....
tegelak rasanya bila teringat aku naik angin
gara-gara sakit hati dengan perangai student ku yang comel-comel...
ustazah....ustazah....aiseyyy...korang ni ngah buat ujian ke ape?? skali lagi hati ku memberontak..tolong...tolong senyap....................
keadaan kembali terkawal...soseh-soseh...
bising balik...keriuhan tercetus semula...apa nak jadi ni....tak kira puasa ke tak puasa ke....mereka tetap sama....ada ja modal nak bising....

*serononya di zaman itu.....terkenang balik

Tuesday, July 27, 2010

cinta ramadhan

penting bakalan ianya perlu,
sering ia menjadi mesti,
barangkali penantian bakal akhir,
syaaban kembali lagi penuh barakah,
menyambaut ramadhan yang makin hampir,
mampir cuma seketika,

namun ertinya penting,
umat Muhammad sangat teruja,
mengimbangi siang dan malam harinya,
memperbetul amal ibadat pada yang Esa,
siang lapar dan dahaga,
menceduk seberapa erti cinta ramadhan,

2010 masihi terungkai lagi,
syukur Allah masih memberi,
ramadhan ratapi si miskin dan fakir,
sedekah secupak jadi sebendang,
tarawih malam buruan umat,
kini ramadhan ku rasa penting.