Followers


Tuesday, December 7, 2010

1432

buku baru telah di buka,
semalam tidak akan sama,
buku lama jadi perhitungan,
yang sekarang akan terlaksana,
hanya insan punya roh,
mampu menyuluh,

tidak sama juga dengan buku hijau,
mahupun buku lima,
mahupun jua buku lali,
yang pasti sekarang kita sedang melalui,
detik menghampiri tompok-tompok saki-baki,
yang menjerat erti halusinasi nikmat duniawi,

mula detik 1432 habis sahaja tahiyyat akhir 3 rakaat solah,
maghrib jadi saksi umat yang mahu mencelah keraian awal hijrah,
doa awal hijrah dipanjatkan kepada Allah,
setelah asar jadi pasrah,
menutup akan buku lama dengan memanjat kalimah-kalimah syahadah,
rupanya kita diambang gelisah,

apa yang ditanggung telah Allah janjikan,
dengan daya upaya hambaNya,
dibekalkan dengan nikmat cinta Pencipta,
awal muharram menjanjikan setia,
kepada para pencinta Pencipta,
kasihilah sayangilah dengan ibadah madah rela

No comments:

Post a Comment