Followers


Friday, December 10, 2010

aku tak mahu tak tahu


aku tak mahu,
aku hanya mahu mempunyai satu,
aku tahu,
tapi aku tak mahu jika aku tak tahu,
aku perlu tahu,
satu yang aku mahu,

siap sedia untuk kembali ke arah satu,
yang tiada jalan dua,
hanyalah satu,
kembaraku itu kutuju,
dengan nawaitu,
mencorak fitrah ilmu,

tetap bertemu ke alam itu,
satu persatu,
jiwa yang batu,
terhantuk dek kerana nafsu,
itu bisu ini kaku,
lambat laun beku,

aduhai sangsiku,
membutakan akalku,
mencari jejak penaku,
mencoret jeritan tuliku,
kerana bingit dengan kota yang tiada sipu,
berasap corong motokar lalu-lalu,

ambil air minum secangkir,
hangatnya terus ke dada,
rasanya hilang dahaga,
begitu juga pancaindera,
jika diguna mendekati Pencipta,
kebenarannya menggagahi alam maya,

No comments:

Post a Comment